Sudah sekian lama para saintis
kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu bangunan
ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk
mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembangunan piramid ini kerana
teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan
kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahasia di
sebalik pembangunan piramid ini?
Harian Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifis yang mengabarkan bahwa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membangun piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibedakan dengan batu asalnya.
Al-Quran Telah Mempunyai informasi
Jika dikaji lebih mendalam, ternyata
Al-Quran telah menjelaskan perkara ini 1400 tahun silam sebelum kajian
saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut :
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar
kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman
untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku
dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa
Dia dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam memproses tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari spesifikasi batu yang mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu asli dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.
Artikel kajian yang diterbitkan oleh
majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun
menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk
piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan
kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu asli.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan air garam dan ini akan menghasilkan terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diaduk mengikut ukuran yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.
Profesor Davidovits telah mengambil
sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan
mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan
bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop
elektron, ahli geologi belum mampu untuk membedakan antara batu alam dengan
batu buatan manusia.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawaban dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahwa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawaban dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahwa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Piramid Bosnia
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph
Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun.
Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan
menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan
lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan
kepada kita semua bahwa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan
tiang-tiang yang ditemui dalam teknologi canggih zaman dahulu, juga dibuat dari
tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang menjelaskan rahsia bangunan
piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, maupun Perancis.
Kita tahu bahwa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahasia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi
Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu
bahwa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan
tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat
untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa
nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan
menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang
memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini
menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
Sumber : eramuslim.com